Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, April 6, 2012

Bertudung lebih baik

Sebelum tu ,EY nak cakap awal-awal .Apa yang EY cakap ,EY tak tuju kat siape-siape .Ni pendapat EY sendiri . okayy . =)


EY ada tulis status ni kat Facebook .To be honest EY adela gak dapat respond yang tak baik kan .Dia kate EY memalukan kaum perempuan dan dia marah EY .Dia cakap kalau EY tak puas hati dengan siapa-siapa ,EY patut cakap direct dekat orang tu .But since EY tak tujukan pon status ni kat sesape ,EY agak terkilan sikit .Tapi takpela .Lain orang lain pendapat . =)

Okay ,topik EY ni agak sensitive .Perempuan bertudung/hijab .EY tak cakap EY baik .EY taip ni ,EY nasihat diri EY and EY share dengan orang lain .So kalau rasa bole terima ,sila sambung baca .Kalau tidak ,boleh skip . =) Okay camni ,'Bertudung tak wajib .Yang wajibnya ,tutup aurat .' Hah ni bukan EY yang cakap .Ni ulama yang pesan .Kalo tutup rambut pakai baldi pon dikira tutup aurat .

Ada orang cakap dengan EY ,bertudung biar ikhlas .Baru dapat pahala .Tapi EY fikir ,kalau kita tak bertudung ,sebab nak tunggu keikhlasan tu datang ,alamatnya ,berbakul-bakul la dosa kita .Macam EY dulu .EY start pakai tudung masa darjah 5 .Fully bertudung la .To be honest ,EY  tak ready lagi nak bertudung time tuh .Tapi mama yang suruh.Since EY da baligh .Bengang la gak .Panas dan rimas .Nasib mama dah suruh .Tapi lama-lama ,bila da selalu pakai tudung ,bila EY keluar tak pakai tudung *selalunya pergi kedai je laa.Sebab fikir tak jauh* EY jadi malu dengan diri sendiri .Sejak tu la ,EY fikir nak bertudung betul-betul .

Ade lagi satu pendapat .Diorang cakap "Tak semestinya orang bertudung tu baik .Even ada je orang bertudung buat maksiat .kadang-kadang ,orang tak bertudung lagi baik" .Okay la .Yang tu EY tak nak nafi since dah banyak sangat perempuan bertudung kantoi .Tapi cuba fikir yang positif .Dosa aurat dengan dosa zina lain .Kalau tutup aurat ,pahala .Tapi buat zina ,Dosa .Kalau bukak aurat ,tapi tak buat zina ,pon tetap dosa .Kalau tutup aurat ,dan tak buat zina ,Insyaallah pahala .Lagipon ,buat apalah nak ikut sangat contoh yang tak baik .Nak berubah dengan tak nak berubah je sebenarnya .Kalau betul kita nak berubah ,kita tak akan carik seribu satu alasan untuk berubah . Ini pendapat EY okayy .Kalau tak setuju ,boleh bantah . =)

Hah kan cantik macam ni .Insyaallah EY nak jadi macam ni satu hari nanti . =)

4 comments: